Monday 2 February 2015

Tersentakk!!








Assalamualaikum :)


Sapa aku ? Sapa aku ? Aku hamba hina. Mungkin aku takdak feeling. Bukan aku yang pilih jadi macam ni. Aku tak pilih. Allah yang bg , Allah yg tetapkan. Aku redha. Mungkin ni dugaan untuk aku. Aku nak jadi seorang yang penyabar disebalik dugaan yang mendatang. Mungkin orang taktau apa yang kita rasa. Mungkin orang hanya mampu membicarakannya. Redha ja lha atas semua ni. Dini kuatkan lah semangat hang. Apa yang orang pandang kat hang. Biarkan . Denight , Denigt , Denight. Entah betul ka aku eja tu. Hmmm. Dah lah. Tak payah duk pikiaq benda remeh temeh ni. Orang tk puas hati ngn kita. Biaqkan jelah. Dalam dunia ni nk tunggu orang puaih hati memang tak lah. 

Thursday 29 January 2015

Alam Sekolah Menengah






Aku tak pernah sangka yang Allah takdirkan aku kat SMAYK. Seriusly tak percaya. Aku tak pernah kenal pun sekolah ni sebelum ni. Apa yg aku sangka selama ni terjadi , Allah jadikan yang lain. Rahsia Allah kan ? Sapa tau ? Okay lha , aku nk crita ni :)


First time aku jejak kaki kat situ, aku rasakan ada aura yang dapat mengubah diri aku daripada zaman jahiliyah. Ceh , ayat. Tapi serius kot. Kami pakai tudung labuh. Tutup aurat. Minggu pertama kat situ kami kena menjalani prospeb. Prospeb ni mcm suai kenai. Macam kat kem. Kami kena buat aktiviti kumpulan. Hee ^^ yang syoknya group aku dpt kumpulan terbaik walaupun group kami ni ramai yang selalu sakit. Prosbeb ni lah yang menyedarkan aku dari apa yang aku tak tau sebelum ni. Baru aku sedar yang solat aku selama ni tak sempurna . Wudhuk aku. Prospeb ni kena belajar asas2 agama. Allah! Syukran ya Allah kerana telah menyedarkan aku. Aku jugak sedar yang belajar agama ni penting sebenarnya. Sebab belajar agama ni lah yang akan menjadi amalan kita nanti. Okay , maksud aku, contohnya . Kita belajar tajwid, kita akan tau contoh hukum ni kena dengung. Sebelum ni aku baca tak dengung. So , dapat mengubah apa yang silap kita ni.

Cuma ada yang aku tak suka pasai sekolah ni , jadual dia padat. Tapi sebenarnya semua sekolah sama ja. Meh aku nk crita serba sikit pasal jadual harian SMAYK. Bangun tidur selalunya aku bangun kol 5. Ada yang bangun lewat sikit. Bangun lewat mandi pun lewat lah. Tak sanggup aku tunggu pepagi buta tu. Tunggu nk mandi. Kami mandi pakai ayaq kolah. Pakai kain basah pastu mandi. Pakai baju kat atas bilik. Turun solat subuh kat surau kol 5 45/ 5 40 . Bilik aku kena turun awal dari bilik yang lain. Besa lah ni. Bilik kami ni selalu menang bilik terbaik. Nak tau nama bilik kami ? Bilik 3 Sumaiyah. Hee^^ . Sebelum subuh kena baca mathurat. Lepas tu baru solat jemaah. Setiap solat mesti JEMAAH . WAJIB. Habes solat kol 6 30. Lepas tu naik bilik siap2 pakai baju sek. Time solat tak leh pakai baju sekolah , takut baju kedut. Solat plak tak leh pakai seluaq. Takut seluaq yang kita pakai tu kotoq ka apa. Tak sah plak solat. Tu pun salah satu ilmu yang aku dapat. Sapa bertugas kena lah tugas. Nanti kita akan tau kita tugas apa. Aku kena buang sampah tiap2 hari Rabu.  Pastu tugas kawasan hari apa tah. Lupa. Lepas tu baru p sekolah. Simpan beg kat atas kelas pun boleh tinggai kat bawah dulu pun tak pa. Sebabnya nak p makan pagi dulu. Kadang2 makan nasik lemak , kadang2 roti ja . Ayaq pun tk tentu . Tapi ayaq ni slalunya panas. Melecuq lidah aku . Haha . Lepas tu kena p sekolah. Hari Ahad ada perhimpunan. Hari laen tak dak. Perhimpunan punya lha lama. Sebelum  start tu baca surah Annaba' , Al fatihah. Baru ucapan. Ucapan pun berjela jela . Lepas habes perhmpunan kena buat spotcheck. Check pakai dak shimash , singlet , kepit kuku , pakai scarf PUTIH. Tu ja lah. Balek sekolah kol 2 30 . Ada yang balek awai kol 2 ka 1 50 tah. YG tu balik awai sebab kelas depa lain. Kelas depan balik lambat sikit. Lepas tu gi solat. Solat tk leh pakai baju sekolah.Kena tukaq dulu. Lepas tu makan. Nak mandi pun boleh, kalau sempat. 3 30 prep sampai 4 30. 4 45 Asar BERJEMAAH. Lepas asar kena baca mathurat. Lepas tu mandi ka nak basuh baju ka? Lepas tu makan. Lepas tu solat maghrib, baca quran. Ada kuliah maghrib. Lepas kuliah solat isyak pastu baca quran. Tiap kali lepas solat kena baca doa , zikir semua. Tu yang lambat. Biaq lambat asal pahala jalan. Pastu prep 9 30 sampai kol 11 00 . Tak dak homework buat ulang kaji atau hapai hadis ka , tafsir ka tajwid or apa2 yang kena hapai . Dah tu , kemas barang untuk esok m ikut jadual apa semua. Selesai , 11 30 kena baca quran setiap penjuru supaya benda2 tu tak ganggu. Besa lha skolah agama ni kan ? Hari tu ada 4 orang kena kat asrama Sumaiyah . Sadjad baru sorang. Seram weh. Dah lah 2 org bilik aku. Pastu boleh tidoq. Pastikan tiduq dalam wudhuk. Hee , tu ja lhaa. Letih ka dak ? Seriusly letih tapi nak tuntut ilmu kan ? Korban kan sikit.


Yang lain berkaitan sekolah tu :

Sukan dia ada. Tapi hari sukan tak dak . Lumba lari ka , lompat tinggi ka tak dak . Pertandingan2 ada lah  Tilawah , Khat , pidato arab , bm , english . Macam2 ar pertandingan. Aku masuk nasyid. Kalau ada hafazan aku masuk lah. Kalau tk dak tak masuk lah hafazan tu. Nasyid je lah. Sekolah kami ni selalu menang peringkat zon ngn daerah. Sampai negeri selalunya tak menang. Ada pertandingan apa tah sampai kebangsaan. Yang aku ingt badminton sampai kebangsaan. Pastu apa lagi ? Kalau hari cuti , kena cuci kantin , tandas , dataran . apa2 je lah kan .

Peraturan dia ketat gak lah. Kalau baju Nabila Huda. Nak p mandi ka , sidai baju ka , makan , public kena pakai baju jubah. WAJIB. Baju kena baju muslimah. t shirt tk leh. T shirt pun tk leh . yang beza nya t ngn T tu lengan dia lhaa. panjang , pendek tak leh. baju muslimah ja boleh.

Sekolah ni tk campur ngn laki. Usya laki tak boleh , sembang ngn laki tak boleh. Semua tak boleh. pergaulan ni dijaga ketat. Apa lagi ha ?

Kalau ada apa2 gi . Nnti aku sambung nah.

Friday 10 October 2014

                                                                                 Telah datang kepada saya satu pertanyaan daripada seorang kenalan(wanita) berkenaan kemusykilan mengenai perihal bercelak dan wudhu. Soalannya adalah.
Soalan: Bagaimanakah hukumnya mengambil wudhu, sah atau tidakkah wudhu tersebut sedang saya memakai celak. Dan celak tersebut adalah dari jenis yang kalis air(water resist).
HUKUM BERCELAK MATA
Pendapat yang pertama
1) Sunat Bercelak Mata
Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)
Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; “Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali” – (Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)
2) Faedah Lain Bercelak Mata
Seperti mana yang disebut di dalam At Tibbun Nabawi, bahawa perbuatan mencelak mata boleh mendatangkan beberapa faedah :
i. Menyihatkan mata
ii. Menguat dan membersihkan (menerangkan) pandangan
iii. Menghilangkan penyakit mata
iv. Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mata
Bercelak mata sunat bagi wanita, dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahaja tanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna, menambah alis mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah berlebihan adalah dilarang, kerana semuanya adalah tabarruj jahiliah yang dilarang.
Namun, jika wanita bersolek untuk suaminya, walaupun menyerupai tabarruj jahiliah adalah digalakkan dan sunat pula (berpahala). Tapi jika untuk keluar rumah dan untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang.

Pendapat yang kedua  dibawah ini pula adalah jawapan daripada Ustaz Izhar Idrus:
Soalan:
Assalamu'alaikum wbt ustaz..
Saya tak perasan pula kalau soalan ni pernah diajukan..tapi saya masih keliru, apa hukum pemakaian celak? bagi perempuan terutamanya..boleh atau tak boleh sebab takut menimbulkan fitnah bila bertemu dengan lelaki? harap ustaz dapat jelaskan.. terima kasih..
Jawapan:
Waalaikum salam wbt. Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :
"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"
Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :
"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"
Berkata ulama "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.
Jadi ulama telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.
Perlu di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.

Friday 3 October 2014

I S L A M I T U I N D A H :D


         

Hi peeps ! Amacam ? Sihat .. lama dah tk dengar khbar :D Rindu lha <3 acehh . Smoga kisah ni bawa iktibat untuk kita . ;)

Teringat suatu perbualan bersama seorang rakan pelajar non muslim ketika masih bergelar seorang 'student nurse'. Ketika itu, kami berdua bertugas
pada waktu petang dan diberikan sedikit masa rehat setelah selesai menyediakan ubat untuk para pesakit. Rakan non muslim ini juga merupakan seorang yang aktif dalam agamanya.
"Asiah, masa kamu berubah dulu, saya amat meyakini bahawa perubahan kamu sekejap saja dan sekadar main main. Saya tak sangka kamu akan bertahan selama ini. What make you change DRASTICALLY?"
Terasa makanan yang masuk ke dalam organ penghadaman saya ingin keluar begitu sahaja apabila ditanyakan soalan sedemikian. Saya tidak menyangka bahawa dia mengikuti perkembangan diri saya dan saya juga tidak menyangka dia berminat untuk mengetahui apa dan kenapa saya melakukan penghijrahan dalam diri saya. Terus terang saya katakan bahawa sebelum ini saya belum cukup kuat untuk berhadapan dengan dia. Apatahlagi dia seorang yang sangat kuat berpegang kepada agamanya. Dalam hati saya berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi kelancaran lidah untuk mengatur bicara. Sengaja juga saya meng'highlight'kan perkataan drastic. Saya tidak tahu bahagian mana diri saya berubah secara drastik. Bagi saya, perubahan saya adalah perubahan biasa. Penghijrahan seorang manusia yang jahil kembali mencari jalan kebenaran. Sudah menjadi lumrah buat kita seorang manusia untuk mencari kebaikan. Fitrah semula jadi yang tidak dapat dinafikan. Malah hal ini diperkuatkan lagi dengan Firman ALLAH dalam surah As Syams ayat 8 hingga 10:
"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang orang menyucikan (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"
Ayat ini juga merupakan ayat Al Quran pertama yang diberikan oleh seorang adik junior yang ketika itu berusaha mentarbiyah diri saya. Malah ayat ini begitu sebati dengan kehidupan saya sehingga kini apatahlagi berhadapan dengan godaan nafsu yang melemahkan langkah perjuangan saya.
"Shu mei, Alhamdulillah, ALLAH SWT memilih saya untuk mencari cintaNYA. Selama ini saya selalu mencari kesempurnaan dalam hidup tetapi saya tidak pernah puas. Saya tidak tahu apa lagi yang saya ingin cari. Hati saya terasa kosong. Ada sesuatu kekurangan yang tidak dapat saya isi. Setelah sekian lama, akhirnya saya mengerti bahawa kekosongan itu dapat diisi dengan rahmat dan limpahan kasih sayang merasai hidayah dan taufiq dariNYA"
" I thought your chance because of human. Sometimes I cannot believe that you can wear like this. I feel like Im dreaming or what..."
" Shu mei, percayalah, ini adalah diri saya. Asiah Yusro. Saya masih Asiah Yusro yang sama, rakan rakan kamu semua. Cumanya cara saya berpakaian ini adalah saya mengikuti perintah wajib dalam agama kami".
"Tidakkah kamu berasa rugi? Kecantikan kamu terhalang. Adakah ISLAM tidak menghargai wanita wanitanya dengan menghalang mereka untuk kelihatan cantik?"
"Segala puji untuk ALLAH SWT. Alhamdulillah, betapa beruntungnya kami sebagai wanita ISLAM. ALLAH swt sangat menghargai wanita. Maka dengan itu, wanita yang indah itu dilindungi maruah dan harga diri. Sekiranya kita menyayangi sesuatu contohnya buku kesayangan kita, kita pasti akan membalut buku itu sebaik baiknya dan menyimpannya secara rapi. Begitu juga dengan makanan yang dimasak, kita pasti melindungi makanan tersebut daripada tercemar. Begitulah caranya wanita ISLAM dilindungi. Wanita ISLAM percaya bahawa kecantikan hakiki adalah apabila taat pada perintah kepada ALLAH SWT, dan jika benar seseorang itu taat pada agama, dia juga akan menilai kecantikan berdasarkan agama."
Dalam hati saya sebenarnya sudah bersedia dengan jawapan kerana saya amat meyakini bahawa Shu Mei pasti bertanya saya berkaitan pemakaian wanita ISLAM. Inilah mungkin yang dikatakan drastik oleh Shu Mei apabila saya mengubah cara berpakaian saya. Apatahlagi kegusaran Shu Mei yang mengatakan bahawa ISLAM menghalang wanita untuk kelihatan cantik. Teringat saya tentang satu hadith yang cukup indah:
ALLAH itu indah dan sukakan keindahan. (Sahih Muslim 131)
Islam tidak pernah melarang seseorang wanita itu untuk kelihatan cantik malahan lebih bertuah dan beruntung wanita ISLAM yang kelihatan cantik itu mendapat ganjaran pahala dari ALLAH SWT. Namun, AWAS, takut apabila terlalu obses cantik, mendapat kemurkaan dari ALLAH SWT pula. Maka, hijabkanlah kecantikanmu buat mereka yang berhak 
"I want to know more about ISLAM but I dont know. One more question, why ada certain muslim yang sembahyang dan ada yang tak sembahyang. Ada yang pakai tudung dan ada yang tak pakai tudung. Macam kami, kami boleh sembahyang bila bila masa, tapi muslim macam ada certain time yang perlu sembahyang."
"Sesungguhnya segala suruhan agama itu MESTI dilakukan.TIDAK ada alasan untuk tidak melakukan suruhan agama. Tetapi ingatlah tidak semua manusia itu sempurna. Pilihan terletak di tangan kita sama ada untuk melakukan kebaikan atau meninggalkannya. Agama TIDAK BOLEH SEKALI KALI disalahkan apabila berlakunya kejahatan dalam diri seseorang kerana individu itu sendiri yang melakukan kejahatan itu." (Perkataan yang dihuruf besarkan menandakan saya menekankan dan menegaskan suara saya.)
"So, orang yang tak sembahyang dan tak pakai tudung jahat?" katanya selamba.
Tersentap saya mendengar pernyataan sedemikian. Siapalah kita manusia untuk menilai buruk baik seseorang. Tugas kita yang paling utama adalah untuk memberi peringatan. Kita juga manusia biasa. Adakah sehingga akhir hayat kita, kita masih mendapat limpahan dan hidayah taufiq dariNYA? Teringat sebuah hadith yang cukup dipegang diri ini iaitu hadith ke 4 dalam hadith Arbain Imam Nawawi bahawa:
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah yang jujur dan dipercayai ucapannya memberitahu kami, ' Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaanya dalam rahim ibunya selama empat puluh hari berupa nuftah (sperma) kemudian menjadi alaqah (segumpal darah yang menggantung) selama waktu itu juga menjadi mudghah (segumpal daging) selama waktu itu pula, kemudian diutuslah malaikat untuk meniupkan roh kepadanya dan menyampaikan empat perkara iaitu: menulis rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan akan menjadi orang sengsara atau bahagia. Demi ALLAH yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selainNYA, sesungguhnya ada seorang di antara kamu yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni syurga, hingga jarak keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan (ALLAH) mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni neraka sehingga masuk ke dalamnya, dan sesungguhnya ada seseorang di antara kamu yang sentiasa beramal dengan amalan penghuni neraka, hingga jarak keduanya tinggal sehasta, namun ketetapan (ALLAH) mendahuluinya, lalu ia melakukan amalan penghuni syurga sehingga masuk ke dalamnya. (HR. Bukhari dan Muslim)
Apabila berasa diri sudah melakukan amalan kebaikan, sebaiknya segera dilupakan. Takut kerana kesombongan kita, ALLAH menhantar kita menghuni nerakaNYA, nauzubillah. Seharusnya kita merasa tidak cukup dengan amalan yang dilakukan kerana kita tidak tahu di tahap mana penerimaan amalan kita. Malah, hidayah dan taufiq adalah milik ALLAH SWT, dalam sekelip mata apabila ALLAH sudah memegang hati seseorang itu, dia pasti boleh berubah ke arah kebaikan. Maka jawapan yang saya berikan untuk Shu Mei;
"Kita hanya manusia biasa. Dalam ISLAM sendiri, kami di ajar untuk tidak terus melabel seseorang itu jahat atau baik. Kami percaya ALLAH SWT sahaja yang berhak menentukannya dan kami yakin seseorang itu pasti boleh berubaha kerana kebaikan jika sentiasa dekat dengan ALLAH SWT. Cuma, apa yang saya ingin tegaskan di sini, YANG BAIK ITU, pasti BERSOLAT dan BERTUDUNG kerana yang baik itu pasti berusaha untuk mengikut perintah ALLAH, wallahualam."
Perbualan kami terhenti tatkala kami masa untuk rehat telah tamat. Kami perlu meneruskan kerja kerja di hospital. Namun, perbualan petang itu cukup melekat di kotak pemikiran saya biarpun sudah setahun berlalu dan kini saya sudah bergelar staff nurse. Alhamdulillah, ALLAH beri kekuatan untuk saya menyusun butir butir bicara pada bidadari kesayangan saya ini. Seperti yang saya katakan pada entri sebelum ini, seolah olah diri saya ini sudah tidak mampu memberi. Hati saya bermonolog sendiri bahawa mungkin diri aku ini tidak punya apa apa sehingga tidak dapat memberi. Mungkin juga hati saya ini dipenuhi maksiat yang menghijabkan diri saya dari terus menyampaikan. Sesungguhnya bertaubat saya kepada ALLAH SWT atas segala kelalaian dan kekhilafan diri saya. Semoga saya sentiasa kekal dalam pemeliharaan ALLAH dan semoga diri ini sentiasa bermuhasabah diri. Teringat pesanan yang sering saya titipkan buat anak anak usrah dan sahabat sahabat saya bahawa sekiranya seruan kita itu tidak dapat diterima, maka muhasabahlah diri kita, mungkin ada dosa dosa kita sebelum ini yang BELUM DISUCIKAN. Dan kini, kata kata tersebut sewajarnya saya tujukan buat diri saya sendiri....
Wallahualam
Hanya hati yang suci dapat menyucikan hati hati yang lain......
"Ya Allah, jika mati adalah terbaik buat diriku, maka matikan laa aku dalam keimanan terhadapMu..Jika hidup adalah terbaik buat diriku, maka hidupkan la aku dalam penuh rasa kehambaan kepadaMu.."

Wednesday 1 October 2014

Cerpen Panjang



      



Sudah 30 minit berlalu.
Termenung di tangga masjid. Lepas solat Asar.
Dalam hati terasa pedih. Rasa sakit ditinggalkan orang yang disayangi masih terasa bisa menghiris hati. Tak berkurang lagi.
Aku tunduk sugul. Cuba untuk tidak memikirkan hati lara. Dah sebulan pola pemikiran berputar atas paksi masalah yang sama. Enggan mereda.
“Assalamualaikum.”
Aku menoleh ke arah suara yang menyapa. Menjawab salamnya. Seorang pakcik tua. Dalam lingkungan hampir 60. Agakanku.
“Lama termenung? Pakcik lepas solat tadi duduk bersandar hilangkan penat. Tertengok kamu ini dari tadi lagi tak berganjak-ganjak dari tangga ni.
Kalau tak keberatan, boleh pakcik tanya. Ada masalah ke?”
Berkerut sekejap kening aku. Nak cerita ke tak nak ni? Hati rasa seperti nak meluahkan segalanya keluar. Banyak sangat benda terpendam di dalam. Sampai rasa sakit dalam dada. Sesak. Ah. Tewas juga pada desakan. Hati terdesak mahu mengadu.
“Bakal isteri saya diambil orang. Bertunang dengan orang lain.”
Aku menceritakan dengan panjang lebar segala yang terjadi. Hinggalah aku diberhentikan kerja kerana prestasi kerja yang merosot disebabkan soal hati. Sungguh aku tidak berdaya melawan halangan keluarga. Tidak berdaya menahan hati manusia dari berubah. Apatah lagi mahu merempuh takdir Ilahi. Itu sudah pasti mustahil.
“Innalillahi wainna ilaihi raaji’un. Jangan bersedih, nak. Biasalah ni. Inilah yang dipanggil pengalaman dalam kehidupan. Bukankah ini yang akan mematangkan diri kamu? Kamu dah pernah rasai peritnya halangan dari keluarga. Sedihnya rasa dikecewa. Letihnya harga berpenat lelah berkorban siang dan malam untuk mengumpul duit nikah. Kamu dah berusaha sedaya yang kamu mampu.
Jangan pernah merasa rugi. Seorang pelajar berusaha sedaya namun dia gagal mendapatkan result yang terbaik, adakah guru akan menyalahkannya lagi setelah melihat penat lelahnya selama ini? Tidak. Sekurang-kurangnya, dia dah berusaha. Manusia tidak nampak usaha kamu, namun Dia nampak. Dia menilai dengan adil di saat manusia hanya pandai mengkritik dan mahu tengok hasil. Allah sendiri menilai ikhlasnya usaha walaupun hasil kita tidak pernah sempurna.
Kita merancang. Namun, Allah telah lama merancang. Kita mahu tentukan bahagia, namun bahagia bukan di tangan kita. Tapi Dia.”
Terasa lega sedikit mendengar kata-kata orang tua ni.
“Adakah kamu tak dapat melupakan, sebab dia cantik menarik?”
Aku tersentak. Terkena di batang hidung. Mengangguk perlahan.
“Katalah yang cantik itu ibarat kereta Ferrari. Yang tidak cantik pula ibarat kereta kancil. Memang, orang akan tengok kereta yang mahal tu. Jadi perhatian. Sampai nak bergambar. Sampai kamu rasa riak dan takbur. Kereta kecil tadi, siapa nak tengok? Tapi, adakah kamu rasa selamat seandainya kamu parking kereta mahal itu di mana-mana? Fikiran kamu akan risau. Fikir nanti kena curi. Nanti kena calar. Nanti kena apa-apa. Last-last sekali, bawa keluar sekali-sekala. Nak jalan jauh pun fikir berkali-kali. Maintenance pun tinggi. Tapi, kereta kancil tu pula? Tenang saja. Sebaliknya. Jalan jauh pun jimat. Nak pergi mana-mana pun senang hati. Boleh guna dan bermanfaat bawa keluarga. Mana yang kamu suka, cantik tapi merisaukan. Atau yang menenangkan?”
Pakcik itu tersenyum dalam menuturkan kata.
Fikiranku sedikit terbuka.
“Ada banyak hikmahnya yang kamu tak nampak.”
Aku mendongak melihat wajahnya.
“Apa hikmahnya? Yang saya nampak, saya yang bersalah. Saya yang terlepas. Saya yang rugi. Last-last orang kebas calon sendiri.”
Pakcik itu masih tersenyum.
“Hikmahnya, hari ini kamu berada di rumah Allah. Nampak tak?”
Angin lembut menyapa kami. Ekor-ekor rambutku disapa angin. Terasa nyaman.
Aku terdiam lama.
Betul.
Dah berapa lama aku tinggalkan masjid. Aku jarang ke masjid. Aku jarang menghadap Allah. Bila jadi macam ni, aku akhirnya kembali meratap di rumah-Nya.
“Tapi…saya tak dapat hilangkan kesedihan ini. Saya tak mampu melupakan dia..Tak mampu.”
Pakcik tua itu berfikir seketika.
“Lupakanlah dia sebagaimana kamu lupakan Allah dulu.
Mari bekerja dengan pakcik. Pakcik perlukan pembantu. Sambil-sambil kerja, nanti pakcik ajarkan rahsia merawat hati itu.”
Aku berkerut kening sekali lagi. Tiba-tiba saja orang tua ni. Aku pun memang dah jadi penganggur sekarang.
“Kerja apa?”
Pakcik menunjukkan pada sebuah van yang penuh dengan tembikai.
“Ikut pakcik jual tembikai. Edarkan ke pasar-pasar. Gaji hari ikut sales. Kalau sales tinggi, banyaklah gaji. Nak?”
Aku terdiam sejenak. Tak dapat fikir.
“Betul ni pakcik boleh ajarkan cara rawat hati?”
Aku bertanya meminta kepastian.
“Insya-Allah. Kita sama-sama minta dengan Allah.”
Dia tidak menjanjikan suatu kepastian. Tapi, dalam kata-katanya ada keyakinan. Pada Tuhan.
“Baiklah. Bila kita boleh mula kerja?”
“Lepas Subuh esok.”
Dalam kesedihan, aku cuba mengukir senyum. Hati masih sakit. Tapi, ada lega sikit. Moga Allah ganti dengan hati yang baru.
**
Hari ni masuk hari ketiga aku bekerja dengan pakcik tu. Dia okay. Sporting. Tak cerewet. Banyak ilmu dan petua meniaga dia ajarkan padaku. Secara umumnya, aku tak tertekan bekerja dengannya. Selesa. Kerja dari awal Subuh sampai ke petang. Berhenti sebelum Asar. Bila malam minggu tiba, kami akan buka gerai meniaga.
Namun, hati masih celaru. Tatkala si dia yang sudah jadi milik orang masih menghubungi, hati terus jadi sendu. Termenung masa kerja tak dapat dielakkan.
“Bak sini henfon kamu.”
Pakcik tu menghulurkan tangannya. Minta.
“Untuk apa?”
Pakcik itu terus mencapai henfon dari tanganku. Matikan fon dan simpan dalam begnya.
“Bila kamu sudah mulakan hijrah hati, tak perlu lagi saling menghubungi. Hidup baru tidak boleh lagi ada dia. Sikit pun tak boleh ada. Biarlah putus, tak bersambung lagi. Kalau terus begini, sampai bila hati tu nak sembuh? Bukankah kamu amanahkan pada pakcik untuk rawat hati?”
Aku mengangguk. Hati berat.
“Mari pakcik ajarkan satu doa anjuran Nabi s.a.w. Doanya berbunyi, ‘Allahumma inni a’uzubika min dhiiqi dunya wa min dhiiqi yaumal qiyamah.’ Maksudnya, “Ya Allah, jauhkanlah aku dari kesempitan hidup dunia dan kesempitan hari kiamat.”
“Ramai orang merasa dunia ini sempit walaupun hartanya banyak. Ramai orang merasa hatinya sesak walaupun dia punya segalanya yang dia mahu. Ramai orang rasa dia dah jumpa yang terbaik, tapi sebenarnya ramai lagi yang lebih terbaik. Ramai lagi perempuan lain selain dia. Sebab apa jadi gitu? Sebab Allah tidak bertakhta di hati. Cuba letak Allah di hati, pasti dunia ini rasa luas sekali. Hati jadi lapang. Fikiran lebih terbuka.”
Menitis air mata aku mendengar untaian kata pakcik itu. Dia menepuk-nepuk bahu aku.
“Dah. Kita sambung kerja. Kamu naik ke belakang van, campakkan dengan cermat tembikai tu semua pada pakcik. Pakcik sambut di bawah. Sambil passkan tu, sambil zikir, ‘Astaghfirullahaladzim’. Hati berat kerana dosa masih berkumpul di situ. Clearkan dengan istighfar.”
Aku cuma mengikut segala arahan pakcik. Dalam keterpaksaan. Aku betul-betul nak hati aku tenang kembali.
Hampir 2 minggu berlalu.
Sambil berniaga, sambil merawat hati. Hanya dengan zikir mudah dan doa ringkas yang diajarkan pakcik tu.
Tapi, kadangkala kenangan lalu menguasai ingatan juga. Macam-macam datang mengganggu fikiran. Persoalan, ‘dia masih sayang aku ke?’, ‘masih ada harapan ke?’, ‘dia tak jadi kahwin, cari aku balik macam mana?’. Benda-benda ini semua akhirnya buat aku sedikit demi sedikit menjadi down.
Pakcik tua itu seakan menyedari semangatku sedikit merudum. Lalu, dia datang menghampiriku.
“Pakcik faham, bukan mudah nak melupakan. Bukan senang nak singkirkan rasa cinta dalam hati pada seseorang. Allah dan masa-Nya akan menyembuhkan. Mari pakcik ajarkan terapi hati seterusnya. Part ni paling penting. Dengar baik-baik.”
Aku mendengar bait-bait kata pakcik itu dengan serius.
“Terapi ini pakcik namakan ‘Terapi Hati Gaya Al-Quran dengan Surah Al-Insyirah.’ “
Pakcik tu tersenyum lebar. Bersungguh-sungguh riak wajahnya.
“Surah Al-Syarh atau Al-Insyirah ada 8 ayat. Al-Syarh itu sendiri bermakna ‘kelapangan’. Mufassir al-Quran mengatakan surah ini adalah kelanjutan dari Surah al-Dhuha, berkat penjelasan dari kedua-dua surah ini akhirnya hati Nabi Muhammad s.a.w. menjadi tenang, penuh keyakinan dan terangkat beban dari hatinya.
Pakcik bukan nak mentafsirkan semula ayat al-Quran ni. Tak, tak. Jangan salah faham. Pakcik bukan ahlinya. Pakcik cuma nak kita sama-sama ambil intipati dan pengajaran dari ayat-ayat tu sahaja. Pakcik nak cakap kefahaman orang kampung pakcik saja. Boleh?”
Aku mengangguk-angguk sambil mengelap buah tembikai.
“Ayat pertama, ‘Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?’ Cuba kita fikir, sebelum diuji bukankah hati kita senang-lenang dan lapang? Misalnya kita tidak diuji dengan ujian berat selama hidup ni, tiba-tiba diuji dengan satu dua ujian saja, kita rasa down. Rasa dunia dah berakhir. Kita lupa Allah pernah beri peluang waktu senang? Baru teringat, kita jarang bersyukur nikmat yang Allah beri selama ni. Pada Nabi, Allah isi hatinya dengan iman dan hidayah petunjuk. Itulah yang melapangkan hati. Kita pun diberi iman dan hidayah Islam. Tak terasa lapangkah hati?
Ayat-ayat seterusnya dari surah itu sememangnya ditujukan pada Nabi s.a.w. khasnya. Tapi, Al-Quran ini untuk panduan kita semua. Ayat ke-2 misalnya, ‘Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.’ Bukan saja beban pada Nabi, tapi masalah-masalah yang menimpa kita selama ini, siapa yang hilangkannya dari hidup kita kalau bukan Allah? Hari ini, pakcik dan kamu masih bernafas. Masih mampu makan dan minum dengan baik. Banyak masalah yang menimpa kita sepanjang kehidupan, tapi setelah masa berlalu, kita sendiri pun kadang-kadang dah lupa kita pernah ada masalah sewaktu dulu.
Ayat 5 dan 6 pula, ‘Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.’ Nah, Allah sendiri dah tegaskan. Dua kali ulang. Ujian sukar macam mana pun, ada bersamanya hikmah dan pertolongan Allah. Sedih macam mana teruk sekalipun, akhirnya akan ada gembira. Diuji dahsyat sampai mati sekalipun, namun andai seseorang itu sabar, di akhirat dia dapat Syurga. Bukankan itu berita gembira?”
Pakcik berhenti sebentar bertazkirah. Bila melihat aku sudah mengalirkan air mata. Tak tahu kenapa mudah benar aku menangis.
Dia memeluk aku. Faham dengan jelas. Yang tua lebih dulu rasa pahit maungnya. Sambil memeluk diriku, dia menyambung ringkas,
“Ayat ke-7 menyuruh kita jangan putus asa beramal soleh. Ayat terakhir sekali paling penting, ‘dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.’
Segala sedih hari ini. Haraplah pada Allah untuk mengubatinya.
Segala duka hari ini. Haraplah pada Allah leraikannya.
Segala sayang yang masih ada dalam hati hari ini. Haraplah pada Allah untuk menghilangkannya.
Segala dosa-dosa lepas. Haraplah pada Allah menghapuskan kesemuanya.”
Aku terus menangis teresak-esak dalam pelukan pakcik tua. Seakan mahu terluah segalanya dari dasar hati tika itu.
**
Sebulan berlalu.
Dengan berbekalkan ilmu terapi hati pakcik, aku cuba amalkan membaca Surah Al-Insyirah di setiap solatku, setiap kali aku hampir termenung, setiap kali aku rasa sedih mahu datang lagi. Baca dan fahami. Berulang kali muhasabah diri.
Pakcik tua itu banyak mengajarku erti hidup Muslim. Berniaga dan solat tidak berpisah. Bila masuk waktu, segera bersolat. Tinggalkan perniagaan. Pernah kami tinggalkan saja buah-buah tembikai itu dan pergi solat tanpa dijaga sesiapa, pakcik cuma katakan kalau orang nak ambil, ambil sajalah. Apa yang kita rugi? Tembikai itu dari Allah. Niat sedekah. Dah rezeki dia. Dia mencuri, itu antara dia dengan Allah. Dengan solat yang konsisten, hati parah berkurang sedikit. Solat, Al-Quran dan zikir. Terapi hati terbaik.
Aku ada beritahu pakcik tu, gaji aku tu separuhnya simpankanlah untuk aku. Hajatnya nak buat tambang umrah. Pakcik tanya kenapa umrah pula. Kenapa tak guna untuk nikah? Aku cuma jawab, hati terasa rindu nak ke sana. Dia senyum dan hormat permintaanku.
Bulan kedua, pakcik tu arahkan aku hantarkan tembikai ke sebuah rumah. Katanya, sedara mara. Sekali seminggu aku diminta hantar ke sana.
Aku memilih tembikai yang terbaik, bawa ke rumah itu. Sampai di rumah, aku bagi salam. Tak berjawab, tapi ada bunyi wanita batuk-batuk di dalam. Suara macam makcik-makcik. Aku tak tergamak nak ganggu. Lalu, aku tuliskan satu nota dan letakkan dalam plastik tembikai. Nota pertama bertulis,
“Moga makcik lekas sembuh. Amin. Oh, ya. Boleh tak doakan hati saya tenang? Doa para ibu biasanya mustajab. Terima kasih. – Dari, Encik Watermelon.”
“Makcik, saya letak tembikai ni di luar pintu. Saya balik dulu!”
Minggu seterusnya, aku hantar lagi. Aku bagi salam dan ketuk pintu. Tak berjawab. Mungkin makcik tidur agaknya. Aku tinggalkan nota lagi.
“Saya dah pilihkan tembikai yang paling manis untuk makcik. Harap makcik dirahmati Allah. Doakan hati saya tenang sentiasa ya, makcik. – Dari, Encik Watermelon.”
Ku laungkan seperti biasa supaya makcik tahu tembikainya sampai.
Begitulah seterusnya, setiap minggu. Selama dua bulan. Ku tinggalkan nota. Kadang-kadang, aku coretkan cebisan doa yang ku hafal dari pakcik atas nota tu.
**
Empat bulan berlalu.
“Alhamdulillah! Duit gaji kamu dah cukup untuk pergi umrah. Pakcik pun nak pergi juga.”
Aku seronok mendengar khabaran tersebut. Excited. Tak pernah-pernah dapat peluang macam ni. Hatiku sudah di Mekah. Tak sabar-sabar nak tengok Kaabah. Nak lawat makam Nabi s.a.w.
Sampailah hari yang ditetapkan. Kami berangkat ke Mekah bersama-sama.
Sampai saja di Mekah, aku menangis semahunya. Syukur yang amat sangat. Allah akhirnya jemput aku jadi tetamu-Nya. Aku ikut pakcik mengerjakan umrah dengan jemaah muslimin yang lain sampai selesai.
Tibalah hari untuk berangkat pulang.
“Pakcik nak tanya kamu sesuatu. Boleh?”
Aku senyum.
“Apa dia?”
“Kamu nak nikah tak dengan anak pakcik?”
Aku berkerut kening.
“Ha? Saya tak tahu pun pakcik ada anak selama ni?”
Pakcik tergelak.
“La, selama ini kamu pergi hantar tembikai ke rumah pakcik tu, kamu tak kenal anak pakcik?”
Aku bingung kejap. Menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Seingat saya, saya hantar ke rumah seorang makcik. Kan?”
Pakcik menggeleng-gelengkan kepala.
“Taklah. Tu rumah pakcik. Kamu pernah tengok ke rupa ‘makcik’ tu?”
Aku menggelengkan kepala.
Pakcik tu kemudiannya memanggil anak perempuannya. Selama umrah, kami terpisah dengan jemaah muslimat. Aku tak ambil port pun. Aku datang nak buat umrah, bukan nak tengok awek.
Aku gementar sedikit.
Seketika, datang seorang gadis. Dengan senyuman manis ke sisi ayahandanya. Cantik menawan. Aku cepat-cepat tundukkan pandangan. Baru lepas beribadah, dah nak tengok awek. Aduh, tak baik begitu.
“Assalamualaikum, Encik Watermelon.
‘Makcik’ ni dah doakan hati kamu tenang setenang-tenangnya. Moga Allah berikan ketenangan hati dalam menjalani hari-hari mendatang. Amiiin.”
Aduh. Malunya aku semalu-malunya. Ingatkan makcik, rupanya cik!
Pakcik tu bertanyakan aku sekali lagi,
“Macam mana, nak?”
Aku terkesima.
“Tapi, pakcik…saya kan bukan lelaki yang baik. Pakcik tahu saya macam mana. Pakcik tahu cerita lepas saya…Pakcik tahu hati saya terluka teruk..”
Anaknya mencelah lembut. Seraya tersenyum.
“Saya tahu awak baik orangnya. Awak tak masuk rumah yang ada wanita di dalam walaupun ‘makcik’. Awak buat baik dengan orang tua, titipkan kata-kata semangat dan doa pada ‘makcik’ ni. Awak hormat kedudukan ‘makcik’ setara ibu awak sendiri. Minta ‘makcik’ doakan dengan doa para ibu. Semua tembikai yang awak pilih, terbaik. Manis. Pandai awak.
Ayah saya dah cerita segala effort awak untuk merawat hati sendiri. Awak dah cuba sedaya upaya mengatasinya. Saya kagum. Kalau saya, dah lama saya down susah nak bangkit semula. Awak percayakan ayah saya walaupun ayah saya bukan seorang ustaz atau alim ulama. Sanggup kerja sederhana memerah keringat. Tak baik lagi ke macam tu?
Ha, jangan panggil saya ‘makcik’ lagi pasni ya. Panggil Cik Isteri ke..Cik Jodoh ke..”
Aku tersipu-sipu malu. Merah telinga.
Pakcik raih tanganku.
“Kita akad kejap lagi ya…”
Aku hampir menitiskan air mata. Teringat balik kata-kata Allah dalam Surah Al-Insyirah. Betullah dalam kesusahan adanya kemudahan. Letak harapan penuh pada Dia sembuhkan segala duka lara. Kita sangka kita dah pilih yang terbaik, menangis menyesal kerana terlepas yang terbaik. Namun, terbaik bagi kita belum tentu terbaik bagi Allah. Dia lebih tahu siapa untukmu.
Dia Pencipta Hati.
Pastilah Dia paling pakar mengubati.
Fuh~
Pergilah segala kesedihan hati.
cerita oleh: Muhammad Rusydi

- Ukhwah Fillah -

    

Hi peeps ! Ha? Nampak tak tajuk dia ? Tudia .. Ni bukan sambungan tau . Ni pasal yang len tapi tajuk yang sama . Hope sangat hampa enjoy . Kalau tak baca rugi . Best ! Sedih :(


Lysa melipat telekungnya setelah menunaikan solat isyak. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. "Masuk." Muncul Sofia dimuka pintu. Dia masuk lalu berjalan kearah katil Lysa. Lysa yang masih duduk di sejadah hanya memerhati. "Baru balik?" Lysa merenung Sofia.
"Aah. Weyh jom keluar?" pelawa Sofia. "Aik. Kau baru je balik. Pastu nak ajak aku keluar pula. Tak penat ke?"
"Alah. Tadi aku pergi lepak dengan kawan je. Sekarang aku nak ajak kau makan kat luar." Sofia memujuk. "Eh takpelah. Nanti kalau aku lapar aku masak." Lysa menolak pelawaan Sofia sambil tersenyum. Sofia menarik muka masam.
Lysa bangun lalu meletakkan sejadah dan telekungnya diatas katil. "Ishh. Merajuk aje kerja. Jomlah." Lysa mencubit perlahan pipi Sofia. Sofia ketawa riang. "Eh sekejap. Kau dah solat isyak? Pergi solat dulu. Baru keluar. Aku nak bersiap." nasihat Lysa sambil merenung Sofia. Sofia mengeluh. "Alah. Nanti lepas balik makan aku solat lah. Dah jom!" Sofia berjalan ke muka pintu. "Sofia, Allah tak suka kita melambatkan solat." nasihat Lysa lagi. "Lysa yang comel, kiut miut cantik bak bidadari, sekarang bukan masa kau nak ceramah eh. Cepat siap! Aku tunggu dekat luar." Sofia terus berlalu. Lysa menggeleng kepalanya. Dia sudah lali dengan perangai Sofia.
------------------------------
"Sedapkan? Tulah kau, asyik masak sendiri aje. Cubalah makan kat luar sekali sekala." bebel Sofia. Lysa hanya mengangguk. Malas bersuara. Gaduh pula nanti.
20 minit kemudian...
"Okey dah. Jom balik. Kejap eh." Sofia mencari kelibat pelayan kedai itu. "Bang! Kira!' jerit Sofia. "Eh Sofia. Panggil elok-elok. Sopan sikit." nasihat Lysa. Sofia mencebik. Selepas membayar makanan mereka, Sofia dan Lysa berjalan pulang ke flat mereka yang tidak jauh dari situ.
"Sofia..."
"Hmm?" Sofia memandang Lysa disebelahnya. Kemudian beralih semula kepada telefon ditangannya.
"Kau tahu tak kenapa aku selalu nasihat kau?" soal Lysa.
"Tahu. Sebab kau suka cari salah aku. Kau je betul. Aku je salah." jawab Sofia selamba.
"Bukan. Sebab aku sayang kau." Lysa tersenyum tawar.
"Yelah.." jawab Sofia ringkas.
"Aku doakan satu hari nanti kau jumpa penderma yang sudi dermakan jantung untuk kau. Jangan pernah berhenti berdoa." Lysa berkata lagi. Dia takut Sofia pergi dulu menghadap ilahi sebelum dia. Ya, Sofia ada penyakit jantung. Dia hanya dapat bertahan beberapa bulan saja lagi. "Amin...." jawab Sofia meleret.
Sofia melihat kiri dan kanan. Kemudian dia terus melintas meninggalkan Lysa dibelakang. Malas mahu mendengar Lysa pot pet pot pet.
DUMB!!!
Sofia terkejut. Dia menoleh.
"LYSAAA!!!!"
Saat itu, hanya Allah saja tahu bagaimana perasaannya.
------------------------------
"Macam mana dengan kawan saya?" tanya Sofia. Jelas riak risau dari wajahnya.
"Kami minta maaf...."
Sofia menekup muka. Seperti dapat mengagak apa yang ingin doktor itu katakan.
"Sabar ya. Lysa dah tak ada."
Doktor itu terus berlalu. Sofia menekup muka menahan sebak. Akhirnya, air mata mengalir juga.
------------------------------
Sofia meluangkan masa di dalam bilik Lysa setelah pulang daripada pengebumian Lysa tadi. Sempat dia berjumpa ibu Lysa tadi untuk memberi kata-kata semangat. Ibu Lysa juga pesan supaya Sofia ke hospital esok. Ada hal yang perlu dibincangkan.
Sofia memerhati segenap bilik itu. "Lysa..." Sofia menghembus nafas perlahan. Saat Sofia meraba-raba katil Lysa, dia merasakan ada sebuah kotak di bawah katil. Sofia membuka kotak itu. Ada sehelai tudung, handsock dan stokin didalamnya dan juga sekeping kad yang tertulis namanya. Kad iti dibaca.
'Sahabatku Sofia. Aku sayang kau lillahi taala. Happy biryhday! Aku ada berita gembira ni. Tapi sebelum tu, maaflah atas hadiah yang tak seberapa ni. Aku teringin nak tengok kau pakai tudung. Okey. Beritanya ialah.....kalau aku pergi dulu sebelum kau, aku alan dermakan jantung aku untuk kau. InshaaAllah sesuai. Kita kan sehati sejiwa :') Family aku dah tahu hal ni. Mula² mereka keberatan. Tapi aku tetap memujuk. Then, mereka setuju. Happy tak? Kau jangan sedih² eh bila aku tak ade. Sebab jantung aku dalam badan kau. Bermakna aku akan terus hidup dalam diri kau. Aku sayang kau. Allah sayang kau. Jaga diri, jaga iman.' -Lysa-
Air mata Sofia menitis laju. Kenapa org sebaik kau pergi dulu? Kenapa bukan aku? Kenapa kau sanggup buat semua ni untuk aku? Lysa...maaf. Maaf sebab aku tak hargai kau sebagai kawan. Aku tahu kau mengharapkan sebuah persahabatan kerana Allah. Aku minta maaf. Moga kau ditempatkan bersama org² yang beriman. Aku akan jaga jantung kau baik-baik. Terima kasih untum segalannya. Tunngu aku disyurga." Sofia berkata perlahan. Seolah-olah Lysa berada disitu. Hadiah pemberian Lysa dipeluk erat.
-TAMAT-
Fa'tabiruu :')

Tuesday 30 September 2014

Ajaran syiah

                                                                                                 
                                                                

Hi peeps ! Ni , ceq nak kongsi ngn hampa pasai syiah ni . Allah ! Allah ! Allah ! Allah itu satu satunya tuhan kita . Kenapa mesti follow syiah ? Allah beri akal pada kita untuk fikir mana baik mana buruk . Ni asal pilih yg buruk ? Nak fight ? Geram gilaa la ngn syiah ni . Hampa tau dak kalau hampa follow ajaran syiah ni hampa dah menyekutukan Allah ! Please lha . That's mean hampa tak islam dah . Bole ke masuk syurga kalau tak islam ? Tak tringin ehh ke syurga ? Ish2 rugi . Pilih lha islam . Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian . Heish . Tak paham betui lha . Nak kata bodo tak . Entah lha nak kata apa dah . Please ! Please! Use your brain !! Hampa pandai kan ? Ada ka kat sini yang ikut syiah ? Tak puas hati ? Nak fight ? Taubat selagi pintu taubat tu masih dibuka . Kalau dah tertutup jangan terhegeh hegeh menyesal lha noh . Ceq tau hampa tak ikut syiah kan ? Hampa pun benci syiah kan ? GOOD ! Love you all ! <3

Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak .
Akidah yang bertentangan dengan Sunni .
Syiah itu bermaksud penolong/pembantu .

Siapa Abdullah Bin Sabak ni ?
Dia adalah seorang Yahudi .
Dia berasal dari Yaman .
Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan , kepentingan politik .
Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan ,
Saidina Uthman tak layan dia .
Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,
"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."
Dan masyarakat percaya benda ni .
Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah .

Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza .
Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil ) ,
Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ .

SEBAB ?
Antaranya ialah ,
SYIAH MENDAKWA ,

-Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) .

--Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , "Dua patung berhala Quraisy.." .

--Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .

--Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka .

--Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah .

--Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah..” . Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi . Dan akan keluar suatu hari nanti .

--Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah..” .

--Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka , lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .

--Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .

---------------------------------------------------------------------------

Astaghfirullahala’zim .
Nauzubillahiminzalik .
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Ternyata syiah ini telah jauh terpesong .
Mereka mensyirikkan Allah .
Mereka menyamakan martabat Imam 12 mereka dengan semua Nabi .
Bahkan mereka mengatakan Saidina Ali sama level dengan Allah .
Allah..Allah..Allah..
Masalah syiah sekarang ini bukan masalah khilaf ,
Tapi masalah akidah mereka yang bertentang dengan kita .
Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel , tetapi juga Rusia , China dan Iran .
Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’ ,
Rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita ,
Mereka lah antara yang menghantar bom , senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam .
Syiah itu sesat .
Jangan kita memberi muka kepada mereka .
Jika ada dalam kalangan kita yang syiah ,
WAJIB kita betulkan .

Tahu air mineral ECPI ?
Alaa , yang mahal tu .
Jangan terkejut!
Air itu air syiah .
Sponsor terbesar Syiah di Malaysia .
MOHON BOIKOT .

Oh , lagi satu mereka ni suka bertaqqiyah .
Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura).
Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.
Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka .
--Hipokrit everywhere—Lalalalala~

---------------------------------------------------------------------

Macam mana nak tahu tempat tu tempat syiah ?
Tempat mereka bernama hauzah .
Hauzah itu macam surau/masjid bagi umat Islam .

Macam mana nak kenal syiah ?
Time mereka sembahyang , mereka akan meletakkan tanah karbala ( macam batu bulat kecil ) di tempat sujud , mereka akan sujud atas tanah itu , kalau tak kena tanah karbala itu , tak sah sembahyang mereka
. - - '
Lepas habis sembahyang , lepas memberi salam , mereka akan menepuk paha mereka tiga kali . Motif ? ==”

Alhamdulillah .
Ni lah serba sedikit tentang Syiah .
Nak lebih banyak info dan lebih dalam ,
Sila baca di newsfeed kalian mahupun membaca di blog / menonton di youtube / baca buku/kitab yang berkaitan .
Moga Allah redha :’)

P/S : Wajib bagi kita menpertahankan akidah kita . Ya-Allah , jauhilah kami dari kesesatan Syiah , matikanlah kami dalam Iman , dalam Islam . Masukkan kami ke syurgaMu dengan Iman , dalam Islam .