Aku tak pernah sangka yang Allah takdirkan aku kat SMAYK. Seriusly tak percaya. Aku tak pernah kenal pun sekolah ni sebelum ni. Apa yg aku sangka selama ni terjadi , Allah jadikan yang lain. Rahsia Allah kan ? Sapa tau ? Okay lha , aku nk crita ni :)
First time aku jejak kaki kat situ, aku rasakan ada aura yang dapat mengubah diri aku daripada zaman jahiliyah. Ceh , ayat. Tapi serius kot. Kami pakai tudung labuh. Tutup aurat. Minggu pertama kat situ kami kena menjalani prospeb. Prospeb ni mcm suai kenai. Macam kat kem. Kami kena buat aktiviti kumpulan. Hee ^^ yang syoknya group aku dpt kumpulan terbaik walaupun group kami ni ramai yang selalu sakit. Prosbeb ni lah yang menyedarkan aku dari apa yang aku tak tau sebelum ni. Baru aku sedar yang solat aku selama ni tak sempurna . Wudhuk aku. Prospeb ni kena belajar asas2 agama. Allah! Syukran ya Allah kerana telah menyedarkan aku. Aku jugak sedar yang belajar agama ni penting sebenarnya. Sebab belajar agama ni lah yang akan menjadi amalan kita nanti. Okay , maksud aku, contohnya . Kita belajar tajwid, kita akan tau contoh hukum ni kena dengung. Sebelum ni aku baca tak dengung. So , dapat mengubah apa yang silap kita ni.
Cuma ada yang aku tak suka pasai sekolah ni , jadual dia padat. Tapi sebenarnya semua sekolah sama ja. Meh aku nk crita serba sikit pasal jadual harian SMAYK. Bangun tidur selalunya aku bangun kol 5. Ada yang bangun lewat sikit. Bangun lewat mandi pun lewat lah. Tak sanggup aku tunggu pepagi buta tu. Tunggu nk mandi. Kami mandi pakai ayaq kolah. Pakai kain basah pastu mandi. Pakai baju kat atas bilik. Turun solat subuh kat surau kol 5 45/ 5 40 . Bilik aku kena turun awal dari bilik yang lain. Besa lah ni. Bilik kami ni selalu menang bilik terbaik. Nak tau nama bilik kami ? Bilik 3 Sumaiyah. Hee^^ . Sebelum subuh kena baca mathurat. Lepas tu baru solat jemaah. Setiap solat mesti JEMAAH . WAJIB. Habes solat kol 6 30. Lepas tu naik bilik siap2 pakai baju sek. Time solat tak leh pakai baju sekolah , takut baju kedut. Solat plak tak leh pakai seluaq. Takut seluaq yang kita pakai tu kotoq ka apa. Tak sah plak solat. Tu pun salah satu ilmu yang aku dapat. Sapa bertugas kena lah tugas. Nanti kita akan tau kita tugas apa. Aku kena buang sampah tiap2 hari Rabu. Pastu tugas kawasan hari apa tah. Lupa. Lepas tu baru p sekolah. Simpan beg kat atas kelas pun boleh tinggai kat bawah dulu pun tak pa. Sebabnya nak p makan pagi dulu. Kadang2 makan nasik lemak , kadang2 roti ja . Ayaq pun tk tentu . Tapi ayaq ni slalunya panas. Melecuq lidah aku . Haha . Lepas tu kena p sekolah. Hari Ahad ada perhimpunan. Hari laen tak dak. Perhimpunan punya lha lama. Sebelum start tu baca surah Annaba' , Al fatihah. Baru ucapan. Ucapan pun berjela jela . Lepas habes perhmpunan kena buat spotcheck. Check pakai dak shimash , singlet , kepit kuku , pakai scarf PUTIH. Tu ja lah. Balek sekolah kol 2 30 . Ada yang balek awai kol 2 ka 1 50 tah. YG tu balik awai sebab kelas depa lain. Kelas depan balik lambat sikit. Lepas tu gi solat. Solat tk leh pakai baju sekolah.Kena tukaq dulu. Lepas tu makan. Nak mandi pun boleh, kalau sempat. 3 30 prep sampai 4 30. 4 45 Asar BERJEMAAH. Lepas asar kena baca mathurat. Lepas tu mandi ka nak basuh baju ka? Lepas tu makan. Lepas tu solat maghrib, baca quran. Ada kuliah maghrib. Lepas kuliah solat isyak pastu baca quran. Tiap kali lepas solat kena baca doa , zikir semua. Tu yang lambat. Biaq lambat asal pahala jalan. Pastu prep 9 30 sampai kol 11 00 . Tak dak homework buat ulang kaji atau hapai hadis ka , tafsir ka tajwid or apa2 yang kena hapai . Dah tu , kemas barang untuk esok m ikut jadual apa semua. Selesai , 11 30 kena baca quran setiap penjuru supaya benda2 tu tak ganggu. Besa lha skolah agama ni kan ? Hari tu ada 4 orang kena kat asrama Sumaiyah . Sadjad baru sorang. Seram weh. Dah lah 2 org bilik aku. Pastu boleh tidoq. Pastikan tiduq dalam wudhuk. Hee , tu ja lhaa. Letih ka dak ? Seriusly letih tapi nak tuntut ilmu kan ? Korban kan sikit.
Yang lain berkaitan sekolah tu :
Sukan dia ada. Tapi hari sukan tak dak . Lumba lari ka , lompat tinggi ka tak dak . Pertandingan2 ada lah Tilawah , Khat , pidato arab , bm , english . Macam2 ar pertandingan. Aku masuk nasyid. Kalau ada hafazan aku masuk lah. Kalau tk dak tak masuk lah hafazan tu. Nasyid je lah. Sekolah kami ni selalu menang peringkat zon ngn daerah. Sampai negeri selalunya tak menang. Ada pertandingan apa tah sampai kebangsaan. Yang aku ingt badminton sampai kebangsaan. Pastu apa lagi ? Kalau hari cuti , kena cuci kantin , tandas , dataran . apa2 je lah kan .
Peraturan dia ketat gak lah. Kalau baju Nabila Huda. Nak p mandi ka , sidai baju ka , makan , public kena pakai baju jubah. WAJIB. Baju kena baju muslimah. t shirt tk leh. T shirt pun tk leh . yang beza nya t ngn T tu lengan dia lhaa. panjang , pendek tak leh. baju muslimah ja boleh.
Sekolah ni tk campur ngn laki. Usya laki tak boleh , sembang ngn laki tak boleh. Semua tak boleh. pergaulan ni dijaga ketat. Apa lagi ha ?
Kalau ada apa2 gi . Nnti aku sambung nah.