Tuesday, 30 September 2014

Ajaran syiah

                                                                                                 
                                                                

Hi peeps ! Ni , ceq nak kongsi ngn hampa pasai syiah ni . Allah ! Allah ! Allah ! Allah itu satu satunya tuhan kita . Kenapa mesti follow syiah ? Allah beri akal pada kita untuk fikir mana baik mana buruk . Ni asal pilih yg buruk ? Nak fight ? Geram gilaa la ngn syiah ni . Hampa tau dak kalau hampa follow ajaran syiah ni hampa dah menyekutukan Allah ! Please lha . That's mean hampa tak islam dah . Bole ke masuk syurga kalau tak islam ? Tak tringin ehh ke syurga ? Ish2 rugi . Pilih lha islam . Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian . Heish . Tak paham betui lha . Nak kata bodo tak . Entah lha nak kata apa dah . Please ! Please! Use your brain !! Hampa pandai kan ? Ada ka kat sini yang ikut syiah ? Tak puas hati ? Nak fight ? Taubat selagi pintu taubat tu masih dibuka . Kalau dah tertutup jangan terhegeh hegeh menyesal lha noh . Ceq tau hampa tak ikut syiah kan ? Hampa pun benci syiah kan ? GOOD ! Love you all ! <3

Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak .
Akidah yang bertentangan dengan Sunni .
Syiah itu bermaksud penolong/pembantu .

Siapa Abdullah Bin Sabak ni ?
Dia adalah seorang Yahudi .
Dia berasal dari Yaman .
Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan , kepentingan politik .
Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan ,
Saidina Uthman tak layan dia .
Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,
"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."
Dan masyarakat percaya benda ni .
Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah .

Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza .
Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil ) ,
Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ .

SEBAB ?
Antaranya ialah ,
SYIAH MENDAKWA ,

-Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) .

--Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , "Dua patung berhala Quraisy.." .

--Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .

--Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka .

--Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah .

--Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah..” . Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi . Dan akan keluar suatu hari nanti .

--Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah..” .

--Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka , lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .

--Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .

---------------------------------------------------------------------------

Astaghfirullahala’zim .
Nauzubillahiminzalik .
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Ternyata syiah ini telah jauh terpesong .
Mereka mensyirikkan Allah .
Mereka menyamakan martabat Imam 12 mereka dengan semua Nabi .
Bahkan mereka mengatakan Saidina Ali sama level dengan Allah .
Allah..Allah..Allah..
Masalah syiah sekarang ini bukan masalah khilaf ,
Tapi masalah akidah mereka yang bertentang dengan kita .
Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel , tetapi juga Rusia , China dan Iran .
Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’ ,
Rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita ,
Mereka lah antara yang menghantar bom , senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam .
Syiah itu sesat .
Jangan kita memberi muka kepada mereka .
Jika ada dalam kalangan kita yang syiah ,
WAJIB kita betulkan .

Tahu air mineral ECPI ?
Alaa , yang mahal tu .
Jangan terkejut!
Air itu air syiah .
Sponsor terbesar Syiah di Malaysia .
MOHON BOIKOT .

Oh , lagi satu mereka ni suka bertaqqiyah .
Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura).
Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.
Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka .
--Hipokrit everywhere—Lalalalala~

---------------------------------------------------------------------

Macam mana nak tahu tempat tu tempat syiah ?
Tempat mereka bernama hauzah .
Hauzah itu macam surau/masjid bagi umat Islam .

Macam mana nak kenal syiah ?
Time mereka sembahyang , mereka akan meletakkan tanah karbala ( macam batu bulat kecil ) di tempat sujud , mereka akan sujud atas tanah itu , kalau tak kena tanah karbala itu , tak sah sembahyang mereka
. - - '
Lepas habis sembahyang , lepas memberi salam , mereka akan menepuk paha mereka tiga kali . Motif ? ==”

Alhamdulillah .
Ni lah serba sedikit tentang Syiah .
Nak lebih banyak info dan lebih dalam ,
Sila baca di newsfeed kalian mahupun membaca di blog / menonton di youtube / baca buku/kitab yang berkaitan .
Moga Allah redha :’)

P/S : Wajib bagi kita menpertahankan akidah kita . Ya-Allah , jauhilah kami dari kesesatan Syiah , matikanlah kami dalam Iman , dalam Islam . Masukkan kami ke syurgaMu dengan Iman , dalam Islam .

 

Ukhwah Fillah





Hi peeps ! Good night . Huhu . Dini nak share ngn korang cerita sedih mengenai sahabat ni . Seriously bergenang air mata baca ni . Sebak .:face59: Baca lha dengan feeling yer:face64: . Seriously interesting gilos .:face26: Jangan tak baca . Rugi nanti . :face58: Syok tau dak ?:face57: Dini nak sampai kan story ni especially untuk bff Dini yang cute miut :face75:. Ayza and Anis:face18: Love them :face56: . Jangan jadi macam Laila . Jadi mcm Emy . Love you all .:face2:




Tudung labuh disarung ke muka. Pelipis dibetulkan. Lip balm dicalit ke bibir.
"Emm comel dah." Kata laila sambil kenyit mata ke arah cermin.
Jam menunjukkan pukul 5 petang. Kasut converse merah disarung. Tangan digenggam. Kedengaran dengusan kasar keluar dari rongga hidung.
"Mana Emy ni!! Kata pukul 5. Stupidoo betul hmphh."
Bunyi tapak kaki. Tapp tapp tapp.
"Assalamualaikum!"
"Woi apahal lambat!! Lama aku tunggu. Cair make up aku!! Hmm."
"Sory la laila. Aku ingat kau taknak pergi ceramah tu. Aku baru je drive gi masjid. Tup tup kau kata kau nak datang jugak. Traffic jammed tadi. Maaf eh?" Sambil sengih tunjuk muka comel.
"Alah kau alasan ade2 je. Penat gila aku tunggu kat sini."
"Yela yela aku salah. Hm maafkan aku eh?"
"Yelah.."
"Btw, comelnya kau pakai tudung labuh yg aku bagi ni! Subhanallah." Emy rasa macam nak buat sujud syukur!
"Aku bukan nak sangat pakai KHEMAH ni. Tapi aku dengar Ilya kata ada abang abang hensem eh kat ceramah nanti? Aaaa eksaitedd nya. Dapat yg stok alim dan warak ala ala ustad huuu bahagia hidup aku!"
Deep breath. "Hmm dahlah jom gerak. Nanti lambat pulak." Emy jalan dulu sambil berdoa dalam hati supaya Allah buka pintu hati Laila agar ikhlas lillahitaala dalam melakukan semua benda.
Setibanya di perkarangan masjid, Laila berlari lari anak ke taman masjid. Sambil menjerit keriangan. Tanpa sedar, telah menarik perhatian beberapa ajnabi di sana. Ada yang berbisik bisik. Ada yang senyum mengada. Ada yang senyum mengejek. Ada yang buat derk.
"Laila.. behave sikit. Ni masjid. Ramai orang tengok."
"Alahh masjid ni tempat awam lah. Bukannya aku pakai baju tak tutup aurat. Aku tutup aurat kannn." Ujar laila sambil buat muka toya.
"Hmm jom masuk masjid."
Kelihatan Ilya dan rakan rakan gosipnya berjalan mendekati Emy dan Laila di satu sudut masjid.
"Wey Laila ke ni? Hahahaha oh myyy aku tak percayaaa! Whattt?"
"Ha-ha so funny that i forgot to laugh. Ha-ha." Bidas laila sambil jeling sekilas.
"Pakai tudung labuh baju besar gedabak tapi perangai macam dulu!! Tak payah nak hipokrit sangat la woi!"
"Jangan judge aku. Mirror yourself la." Balas Laila lagi.
Allahu akbar Allahu Akbar. Kedengaran bilal melaungkan azan Zohor.
"Laila jom kita ambil wudhu. Maaf ye ilya. Kami minta diri." Pinta Emy sambil senyum manis.
Kaki kedua dua sahabat itu lekas dibawa menuju ke tempat wudhu'. Dalam perjalanan, Laila membuang stockin dan handsocks nya sambil menyingsing lengan baju sampai atas bahu. Mata beberapa ajnabi mencuri pandang. Tertarik dengan lengan yang putih mulus dan kaki yang slim.
"Allah. Laila. Ajnabi tengok tu!"
"Eh kau jangan sibuk boleh tak? Dah dah ah nak pura2 baik. Kau ni kalau aku semua salah. Kalau orang lain semua betul! Semuanya aku je yang salah. tadi si Ilya malukan aku depan orang pun kau tak pertahankan!! Kau ni kawan jenis apa. Asyik nak cari salah aku je!!!" Tengking Laila sampai menarik perhatian ramai orang.
"Laila..." pujuk Emy.
"Dah ah kau! Aku nak berubah pun ramai yg tak suka!!! Gila kejam dunia ni."
"Laila.. orang tengok.. jom masuk dalam?" Pinta Emy perlahan.
"Stop disturbing me!! Kau bukan kawan. Tapi lawan dalam selimut!!!" Tengking Laila lagi sambil buang tudung labuh yang Emy bagi dan campakkan ke lantai. Laila terus lari keluar masjid.
"Laila.." Emy mengejar lemah dan terus pengsan.
***
"Aku tak paham kenapa si Emy ni kawan macam bukan kawan. Selalu cari salah aku!" Adu Laila pada kawan usrah yg baru ditemuinya tu.
"Emy? Yang pakai kaca mata bingkai putih dan ada lesung pipit belah kanan tu je ke?"
"Ye." Jawab Laila sambil mendengus kasar."
"Dia buat apa?"
"Dia selalu cari salah aku!!"
"Laila.. nak tahu something tak?"
Laila angkat kening tanda nak tahu.
"Dulu kan.. Emy selalu citer pasal sorang kawan dia ni. Dia kata kawan dia ni comel sangat. Kawan dia tu baik sebenarnya cuma tak tutup aurat je. Dia kata kawan dia tu bagus sangat! Dia try tutup aurat even hati dia tak rela. Even dipaksa. Even mak ayah dia bukanlah Islami sangat. Tapi dia nak try. Kitorang dgr Emy cite tu kitorang pun jadi semangat nak tutup aurat sempurna. Emy tak pernah bagitau something buruk pasal kawan dia tu."
"Dah pahal kau bagitau aku pasal kawan dia tu? Sukati dia ah nak kawan dengan sape pun." Dengus Laila kasar. Dalam hati diam dia cemburu.
"Dengar dulu.. dan beberapa hari lepas, emy text aku. Suruh jaga kau. Aku pun taktahu kenapa. Then dia pun bagitau kawan yang dia selalu cite tu kau lah. Aku macam dumbfounded."
"What?"
"Yes."
"Mana Emy sekarang?" Bertanya dalam nada ego.
"Hospital."
"Apaa?!"
"Dia akan dermakan mata dia kat mak kau."
"Haaaaaaa?!"
****
"Kau tak perlu buat ni." Ujar Laila geram.
Emy senyum manis. "Boleh aku peluk kau?"
Airmata bergenang. Laila lari keluar ward.
***
Tahun lepas.
"Mak aku dah buta. Doctor kata kalau nak nampak balik kena ada orang dermakan mata." Kata Laila sambil nangis.
"Sabar Laila sabar. Hmm maybe ada hikmah?"
"Aku tak boleh pikir hikmah. Mata mak aku tu berharga. Kalau dia buta cane dia nak kerja. Cane aku nak sambung pengajian nanti?"
"Hmm." Sambil peluk Laila.
"Aku takde mak ayah. Siblings pun takde. Sedare mara lagilah. Kau takde mata mak kau je."
Diam.
"Kalau kau boleh sambung pengajian nanti kau nak buat apa?"
"Hmm aku ingat nak sambung Medic kat Mesir. Aku nak berubah. Aku nak jalani proses tarbiyah kat sana. Aku nak jadi muslimah sejati."
"Betul?"
"Hmm ye. Aku nak musafir. Kalau boleh aku nak sangat syahid kat Mesir sana.."
Sengih. Peluk ketat.
***
"Laila. Emy kata dia sayang kau. " Text dari Jannah dipandang.
Hmph.
"Laila! Emy dah takde! Jantung dia terhenti tadi!!!"
......... Airmata ...........
***
"Laila. Emy mintak maaf taw sebab tak jadi kawan yang baik untuk Laila. Emy tau Emy selalu cari salah Laila. Laila tahu kenapa? Sebab orang beriman dia selalu cari salah sendiri bukan salah orang lain. Emy nak didik Laila sikap macamtu. Tapi maybe cara Emy salah. Emy minta maaf. Emy nak masuk Syurga dengan Laila. Nanti Laila dah sambung pengajian kat Mesir. Dah jadi doctor, tolong orang lain taw? Ajak orang buat baik sesame  kalau ditakdirkan Laila syahid kat sana.. Laila carilah Emy kat Syurga nanti. Kalau takde kat Syurga.. tariklah Emy masuk Syurga sekali. Laila.. nanti bangun Qiam taw. Dah lah tu buat perangai malas nak bangun takut hantu 3 pagi ke ape ke. Bangun qiam eh? Puasa sunat hari isnin khamis jangan lupa. Jangan lupa selalu ajak orang buat baik. Emy sayang Laila. Jumpa kat Syurga sayang."
Kertas berbalut merah dibaca. Dan.. batu nisan di depan dipandang sayu. Ya Allah.. ampuni aku.
Ukhuwah Fillah?
Apa tu? Ukhuwah? Fillah?
Perhubungan kerana Allah.
Kerana Allah.
Kalau kerana Allah, maka ia membawa kita ke jalan yang lurus atau belok atau senget atau bengkok?
Betulke ukhuwah Fillah yang kita duk canang selama ni? Kalau betul mana buktinya? Kalau sayang mana buktinya? Kalau cinta mana buktinya?
"Salam Ukhuwah Fillah."
Sepatutnya sayang sayangku sekalian, bila kita berukhuwah kerana Allah. Maka bawalah jalinan ukhuwah tu sampai ke Syurga. Ke jalan yang lurus.
Ukhuwah Fillah ke kalau kawan buat dosa kita tak tegur?
Ukhuwah Fillah ke kalau selalu berburuk sangka dengan kawan?
Ukhuwah Fillah ke kalau selalu layan cite korea sesame sampai lewat solat Isya?
Ukhuwah Fillah ke kalau keluar berusrah sesame tetapi terlalu banyak benda lagha?
Betul ke Ukhuwah Fillah yang kita duk canang selama ni? Atau.. sekadar di bibir sahaja?
Tepuk dada tanya Iman.
Allah tahu apa niat kau. Kerna Allah knows what is in every heart.
Sekian sahaja untuk kali ni. Moga Allah beri kita semua kesedaran. Berukhuwah lah kerana Allah. Ikat tali hubungan ni dan bawa tali ni sampai Syurga. Bukan sensorang tapi berjemaah.
Sayang korang Lillah. Terima kasih untuk semuanya sayang. Allah sayang kamu. Allah sayang aku. Allah sayang kita ....

Sunday, 28 September 2014

Apa Itu Qarin ? Si Pendamping Manusia - Dakwah-




            
 Hi Peeps! Ni ada sedikit dakwah . Selamat membaca dan menerima ilmu :D Jangan malas baca . Penting !!

Ramai yang tertanya-tanya, apa itu Qarin? Siapa itu Qarin? Benarkah Qarin adalah kembar kepada manusia? Benarkah setiap manusia memiliki Qarin? Berikut adalah merupakan penjelasan Qarin untuk pengetahuan kita bersama yang dikongsikan daripada blogger www.mazeermohamad.com.


QARIN (Pendamping manusia)

Roh yang muncul dalam mimpi atau hadir semasa upacara pemujaan sebenarnya ‘qarin’.

BAGI setiap orang, mimpi merupakan sebahagian daripada permainan tidur dan menjadi lebih dramatik apabila roh orang yang telah meninggal dunia tiba-tiba menjelma dalam mimpi.

Malah tidak kurang juga yang menganggap mimpi sebagai medium untuk seseorang dari alam lain memberitahu sesuatu kepada mereka yang masih hidup.

Kita juga biasa mendengar pengamal perubatan tradisional atau bomoh memperoleh ilmu, petunjuk atau ilham daripada roh para guru mereka menerusi mimpi.

Dalam satu senario lain, orang tua-tua menceritakan bagaimana roh orang yang telah meninggal dunia balik ke rumah untuk melihat ahli keluarganya yang masih hidup di dunia.


KES PEMUJAAN

Penjelmaan semula roh bukan sahaja dipopularkan oleh filem-filem Asia dan Hollywood seperti Ghost lakonan Demi Moore, bahkan meresap jauh ke dalam sanubari sebahagian masyarakat Melayu beragama Islam.

Persoalannya, apakah sebenarnya yang dikatakan roh itu dan bagaimana ia boleh muncul semula di alam nyata?

"Apa yang didakwa roh itu sebenarnya qarin iaitu pendamping manusia yang terdiri daripada golongan jin.

"Qarin itulah yang selalu dipanggil dan dipuja dalam pelbagai acara pemujaan.

"Kadangkala qarin itu boleh menjelma dalam mimpi dengan menyerupai orang yang telah mati," kata pengamal perubatan Islam terkenal, Dr. Amran Kasimin.

Penjelasan itu membuka dimensi baru mengenai qarin dan roh yang sering saja disalahertikan.

Dalam bahasa Arab, qarin bermakna 'teman' atau 'rakan'.

Apa yang dimaksudkan dengan qarin di sini ialah roh-roh jahat daripada kalangan makhluk halus yang selalunya menemani manusia sejak dari kelahiran seseorang bayi sehinggalah dia meninggal dunia.


ORANG MATI

"Sekiranya ada orang mendakwa mendapat mimpi tentang kehadiran seseorang yang telah meninggal dunia, itu sebenar adalah jelmaan qarin dan bukan roh si mati," ungkap Amran.

Merungkai salah tanggapan masyarakat Melayu khususnya mengenai roh, Amran menjelaskan bahawa tidak berlaku sama sekali pertemuan antara alam roh dan alam nyata.

Jelas Amran, roh manusia yang telah meninggal dunia tidak akan kembali bergaul dan berbual-bual seperti biasa dalam kehidupan harian manusia termasuk melalui mimpi.

Tambahnya, alam roh dan alam manusia yang nyata ini tidak akan bertembung sama sekali kerana terdapatnya alam barzakh yang menjadi pemisah.

"Justeru, tidak terjadi perkara roh naik atau turun pada waktu-waktu tertentu seperti yang dipercayai oleh kita selama ini.

"Apa yang kita lihat itu sebenarnya qarin," tegasnya.

Menjelaskan lebih lanjut, Amran berkata, terdapat perbezaan jelas antara syaitan, jin dan qarin.

"Jin ini ada daripada golongan kafir dan ada pula yang beriman.

"Dikategorikan dalam jin kufur atau kafir ialah nama seperti Ifrit, syaitan dan qarin," jelas Amran.

Mengaitkan antara jin dan amalan pemujaan oleh bomoh bahkan kaki ekor, Amran memberitahu, sudah menjadi sifat qarin untuk membuatkan manusia percaya terhadap perkara khurafat seperti itu.

Ungkapnya, apa yang berlaku ketika amalan menurun ialah bomoh menggunakan jin untuk memberitahunya apa yang sedang berlaku sahaja.


PENJELASAN QARIN PENDAMPING MANUSIA



QARIN KEMBAR SETIAP MANUSIA

"Bagi perkara-perkara yang lepas, bomoh tersebut mengetahuinya melalui qarin. Ini kerana qarin adalah satu-satunya makhluk yang paling akrab dengan manusia.

"Dia seperti menjadi kembar manusia dan kerana itulah qarin boleh memberitahu perkara lampau mengenai seseorang," kata Amran.

Bukan sekadar itu, keberkesanan amalan sihir yang menggunakan darah orang mati dibunuh juga berlaku atas 'campur tangan' qarin si mati.

Menyentuh mengenai gambaran qarin, Amran menjelaskan ia sesuatu yang di luar kemampuan manusia untuk menzahirkannya melalui pemikiran biasa.

Namun menurutnya, kemungkinan qarin menyerupai manusia kerana secara logiknya, ia umpama kembar manusia.

Qarin sentiasa berada di samping manusia. Kerana itu dia amat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan orang berkenaan.

"Qarin tidak seperti jin atau syaitan lain yang menjelma sebagai haiwan atau pokok kerana ia secara harfiahnya adalah pendamping manusia," kata Amran.

Apa yang jelas, kewujudan qarin sama seperti jin dan syaitan lain iaitu berusaha untuk menyesatkan manusia sehinggalah manusia itu meninggal dunia, barulah qarin ini akan terpisah dengan manusia.

Hal ini turut ditegaskan dalam hadis Riwayat Ahmad dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap kamu ada qarin daripada golongan jin dan juga qarin golongan bangsa malaikat.

"Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabda baginda: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga qarin itu dapat aku Islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan."


Sumber: www.mazeermohamad.com

Kisah Seorang Niqabis

                      


Hi peeps ! >_< Selamat petang semua . Ha ? U see the title ? Cam menarik tak ? K , ni Dini buat khas untuk peminat niqabis . ;) Seriously so excited nak buat cerita kat hampa semua ni . Ceq rasa syok sangat ! Semoga memberi iktibar dan tauladan ya :D Bukan untuk niqabis ja nahh , untuk hampa jugak hat yang suka selphie ni 0_o ! Sabaq ka tak nak baca ni ? Ha , hope hampa suka la noh . Penat ceq excited ni !


Bermula lha Al kisahnya .... - Baca dengan feeling tau . Tau ? Tau ? Tau ?


Solehah? Layakkah aku?
"Solehah? Layakkah?"
Aku seorang Niqabis. Yea, memakai pakaian para isteri Rasulullah ini membuatkan diri aku rasa disanjungi. Twitter, facebook dan instagram merupakan tempat aku menjadi solehah. Setiap kali aku memakai pakaian ini, aku akan mengambil sekurang kurangnya satu gambar untuk dimuat naik ke laman-laman sosial yang aku sebutkan tadi. Yang paling 'lejen' sekali dekat instagram. Setiap hari, boleh dikatakan satu gambar aku upload. Ya, niat aku untuk meraih pujian.
"Subhanallah, moga istiqomah.."'
"Semoga menjadi wanita yang solehah yaa.."
"Cantiknya ciptaan Tuhan.."
Komen komen sebegini daripada umum membutkan aku ingin memuat naik lebih banyak gambar aku yang berniqab. Aku suka dipuji. Lumrah wanita inginkan perhatian. Semakin hari, semakin ramai followers aku. Daripada 10, jadi 100. Daripada 100, jadi seribu. Dan sekarang, lebih kurang 30,000 yang follow aku. Yeah. Dengan menggunakan title solehah, aku dapat pujian. Dengan title Solehah, aku dapat raih followers. Aku rasa bangga. Rasa diri mulia. Tapi sebenarnya, disebalik niqab yang aku pakai, hubungan aku dengan Tuhan sangat renggang. Solat 5 waktu tunggang langgang, Qiamullail lagilah jarang. Yang membuatkan diri aku mulia cumalah secebis kain hitam jarang, yang sentiasa menutup separuh wajahku supaya gelaran Solehah dapatku julang.
Benar. Aku tahu yang aku buat ini salah. Aku pernah nekad nak berubah, tapi payah. Aku rasa bahagia hidup sebegini. Di puji rakan sendiri, direbut ajnabi. Aku rasa seolah olah aku bidadari. Dengan gambar aku yang berniqab dengan caption ala ala Islamik, aku dah rasa aku solehah. Tapi sebenarnya, aku cuma menipu. Menipu diri sendiri, menipu semua orang. Yang lebih teruk, aku munafik kepada Tuhan!
Di Twitter, dengan username aku yang ala ala Islamik dan twitcon aku yang berniqab membuatkan ramai para soleh follow aku. Aku suka macamni. Aku rasa disayangi, disanjung. Rasa semua sayang aku. Tapi aku lupa, Aku hilang kasih sayang daripada Allah!
Satu hari, seorang si fulan ni (lelaki) yang lengkap berpakaian Sunnah, follow aku. Kacak! Aku suka. Aku DM dia. Lebih kurang begini perbualan kami;
"Assalamu'alaikum akhi. Salam ukhwah fillah. Ta'aruf?"
"Wa'alaikumussalam ukhti. Salam ukhwah fillah. Ta'aruf? enti dulu la. Ladies first kan?"
Bermula dengan conversation yang pendek itu, sekarang aku milik dia, dan dia milik aku. Nikah? confirmlah tidak. Kami couple Islamik. Katanya boleh, dengan tujuan nak bernikah. Tapi waktu ni, umur aku baru menjangkau 16 tahun. Aku tahu, banyak lagi yang perlu aku lalui, tapi entah. Aku sayang dia. Dengan gaya dia yang ala ala Soleh, berjubah berserban ber rida' bagai, aku jatuh cinta.
Dia minta number telefon aku. Sepantas kilat, aku bagi. Malam tu, lepas online twitter, dalam pukul 10.15, ada mesej masuk. Number yang aku tak kenal, tapi aku dapat agak siapa pengirimnya.
"Assalamu'alaikum Cinta."
Tersenyum sampai ketelinga selepas aku membuka isi mesej itu. Start malam itu, kami mula mesej. Pada mulanya, cuma mesej. Lama selepas itu, bermulalah sesi OTP (on the phone) pulak. Paling sekejap OTP pun boleh dikatakan 2 jam. Tak pernah yang sekejap. Waktu tu, memang dah lupa Allah. Lupa segala galanya. Yang ada, cuma dia.
Sampai satu malam.. aku tertidur. Mimpi yang aneh, aku dapat. Mungkin teguran daripada Allah, ataupun cuma mimpi biasa. Aku tak pasti. Aku lihat dalam mimpi tu, ada sebuah taman dan tasik yang Subhanallah, terlalu indah! Ada pepohon hijau yang rendang, tasik yang jernih, binatang yang jinak, rama rama dan sebagainya. Di satu sudut, aku terlihat seorang wanita. Berjubah putih dan bertudung labuh putih sedang berdiri di tepi sebatang pokok. Dia kelihatan ceria. Sangat ceria. Ada nur di wajahnya. Aku dekati dia, Dekat dan dekat. Dia perasan kehadiran aku. Manis senyumannya dilemparkan ke arah aku. Aku rasa bahagia, tenang melihat senyumannya.
Tiba tiba, senyumannya kian pudar. Mukanya nampak takut. Aku tak pasti, dia takut ataupun sedih. Tapi mukanya memang menunjukkan sesuatu yang membuatkannya kurang senang. Aku hairan. Dia terduduk. Tiba tiba, air matanya jatuh. Aku dekati dia, memegang bahunya. Ditepis kuat tangan aku. Aku jadi semakin tidak faham. Apa salah aku?
"Kenapa awak menangis?"
"Pergi! Jangan dekat dengan saya!"
"Tapi kenapa?"
"Busuk..... busuk!!"
Aku tak berapa faham dengan apa yang dia sampaikan. Yang aku tahu, wajahnya sedih bila lihat aku dekat dekat.
Terjaga dari tidur, tubuh aku berpeluh. Aku lihat ada mesej. Hm, dah agak. Daripada 'dia'.
"Sayang, bangun Tahajjud."
Aku biarkan mesej itu. Aku lihat jam, lebih kurang pukul 2.30 pagi. Aku cuba tidur semula, tapi tak boleh. Mimpi tu tak hilang daripada ingatan aku. Waktu itu, bermacam macam yang aku ingat. Kata kata gadis dalam mimpi aku tadi, sangat terkesan. Dia kata aku busuk. Tapi kenapa?
"Perangai aku busuk?"
"Badan aku busuk?"
"Sifat munafik itu busuk?"
Bermacam macam yang aku ingat. Sunggguh, waktu itu. Aku rasa, akulah yang paling hina. Akulah sehina hina manusia. Munafik!
Pantas. Aku menuju ke bilik air. Air wudhuk ku ambil. Menitis air mata aku waktu itu. Rasanya dah lebih sebulan aku tak berwudhuk. Allah.. Sejadah yang terlipat rapi dalam almari kucari, aku hampar. Sekali lagi, air mata deras jatuh. Allah, kiblat dekat rumah aku ni arah mana? Aku keluar daripada bilik, aku lihat hamparan sejadah di ruangan solat rumah aku, baru aku ingat arah kiblat.
Sejadah aku hampar. Solat taubat dan solat sunat tasbih yang pertama buat diri aku. Sungguh, kali ini baru sebenar benar solat. Juga buat pertama kalinya sebenar benar taubat. Sujud aku lama. Dalam hati, aku berdoa,
"Ya Allah, mudahkanlah penghijrahan aku. Ampunkan dosaku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lalai dan hina."
Selesai solat, aku beristighfar sehingga Subuh. Masuk waktu subuh, terus aku tunaikan kewajipan aku. Seingat aku, inilah subuhku yang pertama buat sekian lamanya. Selalunya, aku akan jaga pukul 12 ke atas kalau hari cuti. Yalah, pada malamnya sibuk berdakwah. Paginya subuh gajah.
Laptop aku gapai. Dah teguhkan niat, semua account media sosial perlu aku delete.
Selesai deacctive kesemuanya, aku rasa bahagia. Rasa bebas. Rasa CintaNya mengalir dalam diri aku.
"Bip bip!"
Bunyi menandakan mesej masuk. Daripada dia.
"Sayang, kenapa tak reply mesej?"
"Sayang awak dah takda. Dia dah mati. Dah kembali kepada Allah. Awak bila lagi? Bertaubatlah. Ajal itu bila bila."
Start daripada itu, dia tak mesej aku dah. Atau lebih tepat, aku block number dia. Mungkin dia juga dah berhijrah. Atau mungkin dah dapat mangsa baru. Aku nak pesan, berjaga jagalah. Aku rasa sekarang dia masih ada lagi dekat twitter tu. Dengan mempamerkan akhlak semulia malaikat, dia mampu membuat solehah terpikat. Selepas dah terpikat, mulalah dia mengorat.
Aku? Alhamdulillah. Sedang mengejar redha Allah.
Pesanan aku yang hina ini kepada semua Muslimah solehah;
Apa tujuan kita tutup aurat? Pakai tudung labuh? Niqab, purdah tu semua? Ya. Sebab sifat malu kita. Malu ditatap ajnabi, malu dilihat ajnabi. Malu bila tubuh badan kita dijamah mata nakal sang buaya. Kalau dah selalu upload dekat media sosial, agak agak macamana? Mata lelaki ni boleh tembus. Tak kiralah purdah ka macamana, dah jenis mata miang, semua tembus. Kejarlah redha Pencipta. Nak kejar cinta yang sia sia? Boleh. Tapi rugi serugi ruginya. Allah dah tetapkan jodoh. Jadi muslimah, biar tak cantik, janji bermaruah.


Kesimpulannya , main lha apps yang ada ni elok elok . Dan jangan sampai lupa pada Allah yg memberi nikmat pada kita . Buat apa nak Bf awai-awai ni ? Tunggu lha lepas study . :D 


Sentap dak ? Sentap dak ? *tiru gaya Shazreen Fazlynda*